Tuesday, February 15, 2011

***sederhana***


Assalamualaikum...

topik kali ini sederhana (zuhud)
kesederhanaan dalam hidup amat dituntut
selari dengan cara hidup Rasulullah s.a.w
sifat kesederhanaan perlu disertai sifat qanaah (kepuasan hati)
kerana kedua-duanya adalah kekayaan yang hakiki

sempena hari kelahiran Rasullah s.a.w
stekol ini berkongsi kisah
kesederhanaan hidup Baginda

Kisah 1

Pada suatu hari Rasulullah berehat di rumahnya. Baginda berbaring atas tikar yang dibuat dari daun-daun tamar. Tiba-tiba hadir sahabat Baginda, Ibn Mas'ud untuk menziarah Baginda. Oleh kerana Baginda ketika itu tidak memakai baju, Ibn Mas'ud nampak bekas anyaman tikar melekat pada tubuh Baginda lalu Ibn Mas'ud bersedih dan menitiskan air mata. Beliau berkata dalam hati tidak patut seorang kekasih Allah, pemimpin negara dan panglima tentera hidup secara demikian. Oleh itu, Ibn Mas'ud menawar Baginda untuk membawa tilam yang lebih empuk untuk Baginda. Namun baginda menolak dan menyatakan hidup di dunia ini umpama seorang musafir yang berhenti di sepohon pokok untuk berehat. Kemudian si musafir itu perlu meninggalkan tempat berteduh tersebut untuk meneruskan perjalanan.

Kisah 2

Ketika Rasulullah menikahkan puterinya Fatimah dengan Ali bin Abi Talib, Baginda ditanya mengenai persiapan untuk pernikahan itu oleh Abu Bakar, Umar dan Usamah. Baginda hanya menyiapkan gandum yang telah digiling, kulit binatang yang disamak, cerek dan sebuah pinggan. Abu Bakar menangis apabila mendengar penjelasan Rasulullah. Beliau bertanya kepada Baginda adakah cukup persiapan sedemikian lalu Baginda menenangkan Abu Bakar dengan menyatakan persiapan ini cukup bagi orang yang berada di dunia. Fatimah keluar rumah dengan memakai pakaian pengantin yang cukup bagus tetapi ada 12 tampalan dan tiada sebarang perhiasan yang mahal. setelah bernikah, Fatimah sentiasa menggiling gandum, membaca Al-Quran, mentafsir kitab suci dengan hatinya dan menangis. Itulah sebahagian daripada kemuliaan diri Fatimah. Selain itu, majlis pernikahan puteri Rasulullah adalah secara sederhana kerana kesederhanaan adalah cara hidup Baginda. Sebenarnya, Baginda mampu membuat majlis yang besar namun bagi Baginda "kemegahan" tidaklah bermakna kebendaan. Baginda ingin menunjukkan kesederhanaan dan sifat qanaah.


begitulah manfaat yang boleh kita dapat
bersederhanaanlah kita dalam kehidupan harian
berebut-rebut atau berlumba-lumba dalam
mengerjakan amalan-amalan yang soleh
dan mencari keredhaan Allah
stekol menasihatkan diri ini
dan para pembaca sekalin
muhasabah diri
mari kita tingkatkan amal kita

sekian
wassalam



4 [kutuk][komen]:

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

like3~

stekol said...

hehehe...

Unknown said...

zuhud = zahid ??...huhuhu

stekol said...

erm...
yang sama huruf "z", "h" dan "d"
boleh la kasi sikit...

Post a Comment

| Top ↑ |