Saturday, January 29, 2011

***sampaikan ilmu***


Assalamualaikum...

sebenarnya topik kali ini agak menarik
kerana berkaitan dengan diri stekol sendiri
selain itu, ayahanda stekol yang beri ilmu ini
terima kasih kepada ayahanda akan peringatannya

Nabi pernah bersabda, mafhumnya:

"sampaikanlah daripada AKU walaupun satu ayat"

ini bermakna setiap ilmu yang kita ada terutamanya ilmu agama
perlulah disampaikan atau diberitahu kepada saudara-saudara kita
yang masih terperangkap dengan keduniaan.

selain itu, ayahanda juga ada mengatakan
orang yang menerima sesuatu ilmu
kemudian dia menyimpannya
dengan tidak menyampaikan ilmu
kepada ahli keluarga dan masyarakat
maka balasan azab dari Allah akan turun

banyak kisah-kisah yang terjadi pada sahabat ayahanda
termasuklah diri stekol sendiri kerana kelalaian diri
moto stekol sendiri telah calar agak teruk
apabila ada hamba Allah yang buat tapi tidak mengaku
walaupun begitu, stekol anggap satu ujian dan balasan
kerana ayahanda stekol ada bagi buku ilmu untuk diamal
malangnya stekol tidak habis baca dan amal
tambah pula tidak sampaikan kepada orang lain

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah bermaksud:

"sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah,sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci (Al-Quran), mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk" (Al-Baqarah 2:159)

"kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan), maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dak Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihi" (Al-Baqarah 2:160)

"Sesungguhnya orang-orang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam kekafiran, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya" (Al-Baqarah 2:161)

"mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka dan mereka pula tidak diberikan tempoh atau perhatian" (Al-Baqarah 2:162)

Oleh itu, janganlah kita kedekut atau menyimpan ilmu terutamanya ilmu agama sedangkan masih ramai golongan yang masih jahil akan ilmu agama yang memerlukan tunjuk ajar dan nasihat untuk menuju jalan yang lurus dan benar.

sekian
wassalam
Friday, January 28, 2011

***sombong***


Assalamualaikum...

topik kali ini adalah sombong
sifat sombong adalah sifat mazmumah
sifat sombong dalam diri perlu dihindari
kerana jika kita mempunyai sifat sedemikian
kita akan kehilangan sahabat, teman, rakan
malah akan menyebabkan timbul fitnah

stekol kali ini ingin menceritakan
beberapa kisah tauladan
yang stekol dapat daripada ceramah yang diberi ustaz

kisah ini mengenai peribadi orang sombong

kisah 1: Sombong kerana banyak ilmu

Ada sebuah ipt ingin menjemput seorang penceramah yang agak terkenal dan pernah keluar di kaca tv untuk memberi ceramah di ipt tersebut. Malangnya penceramah itu telah mengariskan syarat-syarat yang perlu disediakan oleh pihak ipt bagi menjemputnya memberi ceramah. Antara syaratnya adalah:

1. Bayaran bersih RM2000 (tidak termasuk penginapan dan pengangkutan)
2. Sediakan hotel yang mewah
3. Sediakan penerbangan kelas petama

Begitulah antara syarat yang dikenakan kepada pihak ipt. Malangnya permintaan penceramah tersebut tidak dapat dipenuhi kerana pihak ipt tidak berkemampuan. Tambahan pula, syarat yang dikenakan juga tidak bernas dan patut. Oleh itu, pihak ipt tersebut telah menjemput seorang penceramah lain (dato') yang stekol tidak ingat namanya yang terkenal dan sering muncul di media elektronik. Semasa pihak ipt menghubungi pihak Dato' tersebut, isterinya merangkap pembantunya telah menjawab panggilan tersebut. Ketika menanyakan bayaran yang dikenakan, isteri Dato' tersebut menyatakan Dato' tidak mengenakan apa-apa syarat atau bayaran untuk menyampaikan ceramah, terpulang pada pihak ipt untuk membuat keputusan. Akhirnya, persetujuan dicapai dan Dato' tersebut telah menyampaikan ceramah di ipt tersebut. Apa yang menariknya, Dato' ini telah mendapat bayaran RM2000 sama bagi bayaran untuk penceramah pertama sedangkan Dato' tersebut tidak menetapkan apa-apa bayaran.

Pengajaran :
1. Kebanyakan orang lebih suka berniaga ilmu daripada menyampaikan ilmu dengan ikhlas
2. Sifat sombang dengan kelebihan ilmu yang ada akan merugikan diri sendiri
3. Keikhlasan akan dibalas dengan kebaikan dan ganjaran

Kisah 2 : Raja yang sombong

Firaun merupakan raja yang sombong. Secara ringkasnya, Allah telah menurunkan 5 jenis bala atau balasan ke atas firaun dan pengikutnya untuk memberi kesedaran untuk bertaubat. Antara bala yang Allah beri kepada firaun :

1. kutu
2. belalang
3. katak
4. darah
5. taufan

Apabila Allah menurunkan bala kutu yang mana besarnya seperti seekor ayam pada hari ini, firaun telah datang berjumpa Nabi Musa dan meminta agar memohon kepada Allah untuk menjauhkan bala tersebut dan dia berjanji akan mengikut Nabi Musa atau bertaubat. Oleh itu, Nabi Musa memohon kepada Allah agar dijauhkan firaun dan kaumnya dari bala tersebut dan doa Nabi Musa diperkenan. Malangnya firaun tidak mengotakan janjinya malah dia telah berkata dengan sombong dan bongkaknya kepada kaumnya bahawa dia yang telah menghilangkan kutu-kutu tersebut. Maka Allah telah menurunkan bala sehingga yang paling teruk adalah bala darah. Semua air yang firaun dan kaumnya hendak minum atau guna akan bertukar menjadi darah serte merta. Begitulah firaun kembali menemui Nabi Musa dan bala tersebut hilang. Malangnya tiada kesedaran diri dalam diri firaun dan dia menjadi makin sombong dan bongkak mengatakan kepada kaumnya bahawa dialah yang menghilangkan bala tersebut. Setelah itu Nabi Musa telah berdoa kepada Allah supaya diturunkan bala kepada firaun dan kaumnya.

Pengajaran:
1. Allah tidak suka orang yang sombong
2. Sombong akan menjatuhkan aib diri sendiri malah akan mendapat murka daripada Allah

oleh itu, sebarang kesilapan dalam cerita ini stekol harap ada yang sudi memperbetulkan kerana mungkin stekol tersalah dengar apa yang disampaikan oleh ustaz semasa kuliah/ceramah. Ambil yang baik dan buang yang buruk.

sekian

Thursday, January 20, 2011

***kembali beraksi***

POSTER LIGA I


Sejak masuk ke I4P
stekol tekad hendak gantung boots
tapi banyak perkara yang menghalang
terutamanya seperti poster di atas

LIGA I yang dianjurkan secara tidak rasmi
membuatkan stekol mahu beraksi
tambah pula stekol sudah di list kan
dalam 1 team yang agak hebat

selain itu, senior stekol juga suruh
join latihan untuk team I4P
kerana kejohanan antara ipg
tidak lama lagi

setakat ini, team stekol
telah membuat perlawanan persahabatan
dengan team lain
Alhamdulillah dan syukur
kerana team stekol dapat beraksi
dengan penuh bertenaga
dan juga bergaya


NIKE MERCURIAL VAPOUR SL

boots stekol yang terakhir
kerana mungkin bila sudah sampai masa
untuk stekol berehat
boots ini akan jadi hiasan

tapi masa itu tidak datang lagi
jadi stekol akan terus beraksi
mungkin mencuba nasib
mewakili I4P
ke kejohanan yang lebih besar


| Top ↑ |