Friday, January 28, 2011

***sombong***


Assalamualaikum...

topik kali ini adalah sombong
sifat sombong adalah sifat mazmumah
sifat sombong dalam diri perlu dihindari
kerana jika kita mempunyai sifat sedemikian
kita akan kehilangan sahabat, teman, rakan
malah akan menyebabkan timbul fitnah

stekol kali ini ingin menceritakan
beberapa kisah tauladan
yang stekol dapat daripada ceramah yang diberi ustaz

kisah ini mengenai peribadi orang sombong

kisah 1: Sombong kerana banyak ilmu

Ada sebuah ipt ingin menjemput seorang penceramah yang agak terkenal dan pernah keluar di kaca tv untuk memberi ceramah di ipt tersebut. Malangnya penceramah itu telah mengariskan syarat-syarat yang perlu disediakan oleh pihak ipt bagi menjemputnya memberi ceramah. Antara syaratnya adalah:

1. Bayaran bersih RM2000 (tidak termasuk penginapan dan pengangkutan)
2. Sediakan hotel yang mewah
3. Sediakan penerbangan kelas petama

Begitulah antara syarat yang dikenakan kepada pihak ipt. Malangnya permintaan penceramah tersebut tidak dapat dipenuhi kerana pihak ipt tidak berkemampuan. Tambahan pula, syarat yang dikenakan juga tidak bernas dan patut. Oleh itu, pihak ipt tersebut telah menjemput seorang penceramah lain (dato') yang stekol tidak ingat namanya yang terkenal dan sering muncul di media elektronik. Semasa pihak ipt menghubungi pihak Dato' tersebut, isterinya merangkap pembantunya telah menjawab panggilan tersebut. Ketika menanyakan bayaran yang dikenakan, isteri Dato' tersebut menyatakan Dato' tidak mengenakan apa-apa syarat atau bayaran untuk menyampaikan ceramah, terpulang pada pihak ipt untuk membuat keputusan. Akhirnya, persetujuan dicapai dan Dato' tersebut telah menyampaikan ceramah di ipt tersebut. Apa yang menariknya, Dato' ini telah mendapat bayaran RM2000 sama bagi bayaran untuk penceramah pertama sedangkan Dato' tersebut tidak menetapkan apa-apa bayaran.

Pengajaran :
1. Kebanyakan orang lebih suka berniaga ilmu daripada menyampaikan ilmu dengan ikhlas
2. Sifat sombang dengan kelebihan ilmu yang ada akan merugikan diri sendiri
3. Keikhlasan akan dibalas dengan kebaikan dan ganjaran

Kisah 2 : Raja yang sombong

Firaun merupakan raja yang sombong. Secara ringkasnya, Allah telah menurunkan 5 jenis bala atau balasan ke atas firaun dan pengikutnya untuk memberi kesedaran untuk bertaubat. Antara bala yang Allah beri kepada firaun :

1. kutu
2. belalang
3. katak
4. darah
5. taufan

Apabila Allah menurunkan bala kutu yang mana besarnya seperti seekor ayam pada hari ini, firaun telah datang berjumpa Nabi Musa dan meminta agar memohon kepada Allah untuk menjauhkan bala tersebut dan dia berjanji akan mengikut Nabi Musa atau bertaubat. Oleh itu, Nabi Musa memohon kepada Allah agar dijauhkan firaun dan kaumnya dari bala tersebut dan doa Nabi Musa diperkenan. Malangnya firaun tidak mengotakan janjinya malah dia telah berkata dengan sombong dan bongkaknya kepada kaumnya bahawa dia yang telah menghilangkan kutu-kutu tersebut. Maka Allah telah menurunkan bala sehingga yang paling teruk adalah bala darah. Semua air yang firaun dan kaumnya hendak minum atau guna akan bertukar menjadi darah serte merta. Begitulah firaun kembali menemui Nabi Musa dan bala tersebut hilang. Malangnya tiada kesedaran diri dalam diri firaun dan dia menjadi makin sombong dan bongkak mengatakan kepada kaumnya bahawa dialah yang menghilangkan bala tersebut. Setelah itu Nabi Musa telah berdoa kepada Allah supaya diturunkan bala kepada firaun dan kaumnya.

Pengajaran:
1. Allah tidak suka orang yang sombong
2. Sombong akan menjatuhkan aib diri sendiri malah akan mendapat murka daripada Allah

oleh itu, sebarang kesilapan dalam cerita ini stekol harap ada yang sudi memperbetulkan kerana mungkin stekol tersalah dengar apa yang disampaikan oleh ustaz semasa kuliah/ceramah. Ambil yang baik dan buang yang buruk.

sekian

0 [kutuk][komen]:

Post a Comment

| Top ↑ |