Monday, January 26, 2015

***MARINE ESSENCE***

PRODUK MARINE ESSENCE
Hai semua...kali ini saya nak memperkenalkan produk MARINE ESSENCE yang menjadi rebutan ramai terutamanya yang mempunyai masalah kulit dan kulit sensitif. Gambar diatas menunjukkan beberapa produk MARINE ESSENCE iaitu sabun bar, body wash, shampo dan juga ubat gigi.

http://azizulon9.blogspot.com/2015/01/sabun-bar-marine-essence.html
sabun bar Marine Essence
FUNGSI:

✔ hilangkan hitam celah badan
✔ hilang bau badan
✔ hilangkan jerawat
✔ kulit lebih lembap & tidak berminyak
✔ hilangkan gatal kulit & kulit sensitif serta penyakit kulit
✔ hilangkan penyakit eczema
✔ cerahkan kulit muka & seluruh badan



marine essence body wash

FUNGSI:


✔ hilangkan hitam celah badan
✔ hilang bau badan
✔ hilangkan jerawat
✔ kulit lebih lembap & tidak berminyak
✔ hilangkan gatal kulit & kulit sensitif serta penyakit kulit
✔ hilangkan penyakit eczema
✔ cerahkan kulit muka & seluruh badan


syampo marine essence

FUNGSI:


✔ Jerawat kepala dah kecut
✔ Masalah kulit kepala tiada lagi
✔ Rambut tak gugur dah
✔ Kelemumur tak de lagi
✔ Luruskan rambut
✔ Rambut kekal wangi seharian
✔ Rawat rambut anda



ubat gigi marine essence
untuk tempahan / order


sila klik untuk tempahan
SILA KLIK UNTUK TEMPAHAN







***SABUN BAR MARINE ESSENCE***

sabun bar marine essence sekotak ada 3 bar
Sabun bar Marine Essence ini dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit.  Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda. Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

BAHAN & KELEBIHAN:

Garam Buluh
  • Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
  • Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.
Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
  • Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
  • Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
  • Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
  • Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree
  • Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E
  • Antioksidan, anti-penuaan.
  • Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Gliserin
  • Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  • Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.

Aloe Vera
  • Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

CARA GUNA:

Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih

CARA SIMPAN:

Simpan di tempat dingin dan kering. Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan.

PERHATIAN:

Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air. Sekirannya ruam atau kegatalan berlaku, hentikan penggunaan.


 SILA KLIK UNTUK LIHAT TESTIMONI
SILA KLIK UNTUK LIHAT TESTIMONI


 sila klik untuk membuat tempahan
SILA KLIK UNTUK TEMPAHAN



***TESTIMONI SABUN BAR MARINE ESSENCE***

Berikut merupakan beberapa testimoni yang saya muat naik. Sebenarnya masih banyak lagi testimoni yang boleh digoogle sendiri

PERTAMA:



"Ayah saya menghadapi penyakit Psoriasis selama 13 tahun.Setiap bulan mesti jumpa doktor pakar dan diberi 3 jenis cream untuk mengubati penyakit beliau tapi masih tidak berkesan dan tiada perubahan.Setelah diperkenalkan dengan sabun marine essence dan menggunakannya selama sebulan..inilah hasilnya ...terbukti berkesan.."

Pengguna sabun marine , Brunei




 KEDUA:




Ini special sedikit kerana adik saya sendiri menggunakan sabun ini. Hasilnya sangat baik menunjukkan perubahan dan jerawat semakin mengurang.

KETIGA:




Respon yang diberikan oleh pelanggan sangat positif dan berpuas hati.



SILA KLIK UNTUK TEMPAHAN

***ZERO TO HERO***



laut ada pasang surutnya
matahari ada terbit dan terbenamnya
bunga ada kembang dan layunya
begitu juga dengan manusia
yang ada naik (berjaya) dan ada turunnya(kejatuhan)


Begitu juga yang terjadi pada saya ketika menceburi dalam bidang perniagaan. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menceburi dalam bidang perniagaan ini. Dalam zaman yang memerlukan kos hidup yang tinggi memerlukan saya untuk mula berdikari mencari duit sendiri sebagai pendapatan tambahan. Saya akui ketika belajar di IPG mendapat biasiswa yang cukup untuk menampung kos belajar di sana namun rasa ingin memiliki duit tambahan apabila saya mula merancang untuk berkahwin ketika belajar. 

Semasa di IPG, saya telah mengikuti abang saya dalam perlaburan namun setelah beberapa tahun gagal kerana menghadapi beberapa masalah. kemudian, saya bersama abang saya mencuba pelaburan yang lain dan kegagalan juga ditemui kerana ditipu syarikat. Rasa sedih dan bersalah kepada rakan-rakan yang turut ditipu telah membuatkan saya mengambil inisiatif untuk tidak melibatkan diri dalam bidang pelaburan tetapi beralih kepada perniagaan.

poster promo

Pada mulanya saya telah membuat khidmat membaiki dan mencuci laptop. Pelanggan utama saya semestinya warga pelatih guru IPG KPP. Alhamdulillah, berkat ilmu yang diajar oleh abang saya mengenai membaiki laptop ini telah berjaya memberi pendapatan tambahan kepada saya. Dengan cas yang dikenakan rendah tetapi servis yang diberi telah memenuhi kehendak pelanggan. Setelah beberapa bulan serbis membaiki laptop ini, wujud beberapa pesaing tetapi saya anggap itu sangat bagus kerana akan memberi motivasi kepada saya untuk memberi yang lebih terbaik kepada pelanggan. Kesibukan ketika belajar dan lekemahan pada diri bagi mempromot servis telah menjadikan sedikit tenggelam. kadang kala ramai yang hantar laptop kedang kala tiada langsung. sampai sekarang saya masih melakukan servis membaiki laptop terutamanya laptop adik beradik saya. Setiap kali cuti, saya akan mencuci dan servis komputer rumah serta laptop adik beradik saya supaya dapat digunakan lebih lama.


Sambil itu, saya mula menceburi bidang perniagaan sebenar iaitu Hai-O. Saya memang telah mengetahui sekian lama kerana CDM Hamisah aka maksu yang telah berjaya. Jika dilihat memang mencabar untuk maksu mencapai pengkat tertinggi. Hasil dorongan maksu, paksu, ibu bapa dan abang, saya telah join perniagaan ini. Saya telah menggunakan duit biasiswa sebanyak RM 1000 pada permulaan kerana tiada modal yang besar. Kalau dulu cakap business aka perniagaan mesti kena cari orang tetapi abang yang yang telah mengubah pemikiran saya dengan membuatkan pelanggan mencari kita. pelikkan~...macam mana ye~

Dulu kita kena cari orang kalau nak jual produk tetapi sekarang sudah canggih. kita tak perlu cari orang kerana saya hanya menjual produk di FB, BLOG,PAGE dan lain-lain. Saya akui saya telah mendapat modal kembali hanya dalam beberapa bulan dan menjual produk mengikut masa lapang. Maklumlah belajar jadi cikgu sangat sibuk apabila praktikum. saya berhenti perniagaan ini seketika bagi memberi tumpuan kepada belajar saya.

Berkongsi ilmu , impian dan semangat
Kini saya kembali dengan ilmu yang lebih mantap setalah mendapat sokongan tambahan iaitu isteri saya yang turut join sekali. Target kami adalah percutian FREE ke Bangkok...InsyaAllah...

Percayalah pada diri anda...jangan sempitkan minda dengan kata-kata orang yang belum mencuba...9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan...tidak salah mencuba...Perjalanan masih jauh~

berminat boleh pm
azizul = 0135968736

***INI LAH SAYA***



Assalamualaikum...
sekian lama saya menyepi
kini kembali dengan berapi
menulis blog bukan sekali
mungkin berhari-hari


Saya Ahmad Azizul Hakim Bin Mohd Azli dilahirkan di Hospital Gerik dan kini menetap di Ipoh bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah kini saya sudah berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG KAMPUS PULAU PINANG. Banyak kenangan, pengalaman dan ilmu yang telah saya perolehi.



Tahun 4 di SK Seri Kelebang
FORM 5 di Izuddin Shah, Ipoh
Memori terakhir Kelas MT1 di IPG KPP
Juara Kucing Malaya IPG KPP

Banyak telah berubah
Dahulu single kini berteman
18 April 2014 detik bersejarah
ikatan terjalin kekal sehingga ke syurga~



Azizul Izni...peace yoo~
Segalanya sekejap sahaja berlalu. Bila diingat kembali memori lalu sungguh indah dan rasa mahu kembali pada waktu itu. Alhamdulillah, temuduga SPP juga telah lulus dan surat tawaran menjadi guru DG41 juga telah diterima. Kini menantikan penempatan untuk mengajar di sekolah. Saya berharap ditempatkan di tempat yang barakah bersama dengan isteri bagi memulakan kerier sebagai guru nanti.

sekian
wasalam
R
OAD TO BANGKOK

Monday, May 16, 2011

***perisian***

Assalamualaikum...

topik kali ini perisian
stekol hendak berkongsi sedikit
Cyberlink PowerDirector 9

perisian ini amat menarik dan bagus
stekol telah mencuba perisian ini
perisian ini agak mudah dan senang digunakan
kalau dibandingkan dengan adobe premiere
jauh susah adobe premiere lagi

hasil percubaan pertama stekol



video ini ringkas dan biasa saja
stekol tidak letak 'effects'

mungkin selepas ini
stekol akan mendalami perisian ini
mudah-mudahan diberikan kelapangan

sekian
wassalam
Friday, May 6, 2011

***diampunkan dosa***


Assalamualaikum...
Alhamdulillah
topik kali ini adalah diampunkan dosa
topik kali ini berdasarkan kisah daripada buku diatas
stekol akan menceritakan kembali secara ringkas
untuk pedoman dan iktibar semua pembaca


kisah 1 - Diampunkan dosa kerana seekor anjing

Ada seorang lelaki yang berasa haus dalam perjalanannya, dia telah masuk ke dalam telaga yang dalam untuk minum air. setelah keluar daripada telaga itu dia telah melihat seekor anjing yang menjelirkan lidahnya dan menjilat-jilat tanah yang lembap. lelaki tersebut merasakan anjing tersebut kehausan. kemudian lelaki itu telah turun kembali ke dalam telaga tersebut untuk ambil air menggunakan kasutnya dan memberikan kepada anjing itu minum. kerana perbuatan itu Allah telah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya.

kisah 2 - Ahli Ibadah dan seorang perempuan

ada seorang ahli ibadah pada zaman Bani Israil kerap beribadah kepada Allah selama 60 tahun. suatu ketika, keadaan bumi yang menghijau dan subur ahli ibadah itu telah keluar dari rumah ibadahnya sambil berbisik bahawa dia akan perbanyakkan zikir setelah keluar dari tempat ibadahnya. lalu dia telah membawa 1 atau 2 keping roti. ketika dalam perjalanan, tetiba dia telah bertemu dengan seorang perempuan lalu mereka berbual-bual sehingga ahli ibadah itu telah deperdaya oleh syaitan yang menyebabkannya tertidur lalu berzina dengan perempuan tersebut. ahli ibadah itu pengsan dan setelah sedar dia telah mendi di tasik berdekatan. ketika sedang mandi datang peminta sedekah yang melarat dan ahli ibadah tersebut menghulurkan roti kepadanya. kemudian Allah s.w.t. telah mencabut nyawa ahli ibadah tersebut. ketika pahala 60 tahun dikerjakan ditimbang dengan dosa zinanya, ternyata dosa zinanya lagi berat namun 1/2 roti yang diberi kepada peminta sedekah tersebut ditimbang menyebabkan timbangan pahalanya lagi berat, maka dosa ahli ibadah tersebut diampunkan oleh Allah

Pengajaran

1. sentiasa berbuat baik kepada semua makhluk
2. jauhi bergaul dengan perempuan yang bukan mahram bimbang terjerat oleh jerat syaitan
3. rahmat Allah sangat luas
4. mohonlah keampunan kepada Allah jika kita melakukan kesilapan/kesalahan


sokong Islam anda Selamat

sekian
Wassalam
| Top ↑ |