Monday, May 16, 2011

***perisian***

Assalamualaikum...

topik kali ini perisian
stekol hendak berkongsi sedikit
Cyberlink PowerDirector 9

perisian ini amat menarik dan bagus
stekol telah mencuba perisian ini
perisian ini agak mudah dan senang digunakan
kalau dibandingkan dengan adobe premiere
jauh susah adobe premiere lagi

hasil percubaan pertama stekol



video ini ringkas dan biasa saja
stekol tidak letak 'effects'

mungkin selepas ini
stekol akan mendalami perisian ini
mudah-mudahan diberikan kelapangan

sekian
wassalam
Friday, May 6, 2011

***diampunkan dosa***


Assalamualaikum...
Alhamdulillah
topik kali ini adalah diampunkan dosa
topik kali ini berdasarkan kisah daripada buku diatas
stekol akan menceritakan kembali secara ringkas
untuk pedoman dan iktibar semua pembaca


kisah 1 - Diampunkan dosa kerana seekor anjing

Ada seorang lelaki yang berasa haus dalam perjalanannya, dia telah masuk ke dalam telaga yang dalam untuk minum air. setelah keluar daripada telaga itu dia telah melihat seekor anjing yang menjelirkan lidahnya dan menjilat-jilat tanah yang lembap. lelaki tersebut merasakan anjing tersebut kehausan. kemudian lelaki itu telah turun kembali ke dalam telaga tersebut untuk ambil air menggunakan kasutnya dan memberikan kepada anjing itu minum. kerana perbuatan itu Allah telah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya.

kisah 2 - Ahli Ibadah dan seorang perempuan

ada seorang ahli ibadah pada zaman Bani Israil kerap beribadah kepada Allah selama 60 tahun. suatu ketika, keadaan bumi yang menghijau dan subur ahli ibadah itu telah keluar dari rumah ibadahnya sambil berbisik bahawa dia akan perbanyakkan zikir setelah keluar dari tempat ibadahnya. lalu dia telah membawa 1 atau 2 keping roti. ketika dalam perjalanan, tetiba dia telah bertemu dengan seorang perempuan lalu mereka berbual-bual sehingga ahli ibadah itu telah deperdaya oleh syaitan yang menyebabkannya tertidur lalu berzina dengan perempuan tersebut. ahli ibadah itu pengsan dan setelah sedar dia telah mendi di tasik berdekatan. ketika sedang mandi datang peminta sedekah yang melarat dan ahli ibadah tersebut menghulurkan roti kepadanya. kemudian Allah s.w.t. telah mencabut nyawa ahli ibadah tersebut. ketika pahala 60 tahun dikerjakan ditimbang dengan dosa zinanya, ternyata dosa zinanya lagi berat namun 1/2 roti yang diberi kepada peminta sedekah tersebut ditimbang menyebabkan timbangan pahalanya lagi berat, maka dosa ahli ibadah tersebut diampunkan oleh Allah

Pengajaran

1. sentiasa berbuat baik kepada semua makhluk
2. jauhi bergaul dengan perempuan yang bukan mahram bimbang terjerat oleh jerat syaitan
3. rahmat Allah sangat luas
4. mohonlah keampunan kepada Allah jika kita melakukan kesilapan/kesalahan


sokong Islam anda Selamat

sekian
Wassalam
| Top ↑ |