Friday, December 17, 2010

***10 Muharram***


10 muharram merupakan "Hari Asyura"
Masyarakat Islam di negara kita
selalunya akan membuat bubur asyura
secara bergotong royong
dan hasilnya akan disedekah dan dibahagikan
kepada masyarakat terdekat

APAKAH PERISTIWA DISEBALIK 10 MUHARRAM?

Sebagai umat Islam, kita perlu mengambil tahu peristiwa yang berlaku ketika 10 muharram ini. Bukan hanya mengadakan gotong royong membuat bubur asyura tetapi ada peristiwa lain yang begitu penting untuk diketahui.

Pada hari ini, Allah SWT telah membentangkan segala nikmat dan kelebihan kepada rasul-rasulnya. Antara peristiwa yang berlaku pada hari ini adalah:

1. ALlah SWT menciptakan alam, menurunkan rahmat dan hujan
2. Allah SWT menjadikan 'Arasy, Luh Mahfuz dan juga Malaikat Jibril dicipta
3. Penciptaan Nabi Adam AS
4. Bahtera Nabi Nuh tersadai atas Bukit Al-Judi
5. Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim AS daripada api yang membakarnya
6. Allah SWT melepaskan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS daripada Firaun dan Haman
7. Allah SWT membelah laut untuk Nabi Musa AS dan telah menenggelamkan Firaun dan tenteranya
8. Allah SWT mengeluarkan Nabi Yunus AS dari perut ikan nun setelah ditelan ikan tersebut lamanya
9. Allah SWT mengeluarkan Nabi Yusuf AS daripada telaga yang dalam
10. Allah SWTmengembalikan penglihatan Nabi Ya'qud AS
11. Allah SWT menganugerahkan kerajaan kepada Nabi SUlaiman AS
12. Allah SWT menyembuhkan penyakit Nabi Ayub AS
13. Allah SWT mengangkat Nabi Idris AS dan Nabi Isa AS ke langit
14. Imam Husen ibni Ali syahid dibunuh kejam di Karbala oleh tentera Bani Umaiyyah[Khalifah Yazid]

Selain itu, seorang hamba Allah telah menyatakan bahawa dia telah mendengar sebuah ceramah. Di dalam ceramah tersebut, ustaz tersebut memberitahu peristiwa bubur asyura berlaku apabila kapal Nabi Nuh AS mendarat di Bukit Al-Judi, didapati makanan yang tinggal di dalam kapal sedikit sahaja tetapi yang hendak makan ramai, maka dicatukan semua makanan dan dimasak sekali, oleh itu, dari situlah bermulanya bubur asyura.

Di samping itu, ada pendapat mengatakan bahawa amalan membuat bubur oleh masyarakat kita bagi merayakan hari asyura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh Baginda SAW. Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia merupakan satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama. oleh itu, jika mahu mengadakan program seperti ini juga, perlulah diyakini bahawa tujuannya tidak lebih dari program gotong royong dan jamuan makan yang amat digalakkan di dalam agama Islam manakala membuat bubur itu sendiri diyakini merupakan sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh AS, maka ia adalah kepercayaan ynag karut dan perlu diperbetulkan.

Bagi masyarakat arab Syiah Imamiyah, hari asyura adalah hari memperingati tragedi pembunuhan yang kejam Imam Husen yang merupakan putera Imam Ali juga merupakan cucu Nabi Muhammad SAW. Untuk mengetahui lebih lanjut kisah Karbala carilah di dalam website-website yang berkenaan.

APAKAH AMALAN YANG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA?

kita tinggalkan isu berkenaan cara menyambut hari asyura tetapi kita fokus kepada amalam yang perlu atau sunat dilakukan ketika hari asyura.

Hadith:

Rasulullah SAW menyarankan agar umatnya berpuasa, bersedekah dan melakukan pelbagai kebajikan pada hari ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith : “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan (Tasua’) dan kesepuluh (‘Asyura).” (Hadith Riwayat Muslim)

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang puasa hari ‘Asyura : “Ia dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.” (Hadith Riwayat Muslim).

Terdapat 14 amalan sunat di hari Asyura:

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat
- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat
- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat
- Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat
- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat
- Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat
- Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat
- Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat :
'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat
- tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat
- Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat
- Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat :
'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat
- Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat -
'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain


SEBARANG SALAH DAN SILAP
HARAP DIBERI TEGURAN
SEKIAN

Sunday, December 12, 2010

***isteri solehah***

GAMBAR HIASAN

lelaki yang baik untuk wanita yang baik
lelaki yang jahat untuk wania yang jahat

sebagai manusia
kita mahukan yang terbaik
oleh itu
eloklah kita muhasabah diri
lihat iman dan amal kita

hayatilah kisah berikut:

Nabi Isma'il telah berkeluarga dengan gadis Bani Jurhum dan sebagai pengubat setelah mengharungi ujian-ujian hidup yang berat bersama-sama ibunya Hajar. Walaupun berjauhan, Nabi Ibrahim , ayahnya tidak lupa untuk mengunjunginya dan menjenguknya sekali-sekali apabila rindu kepada puteranya.

Pada suatu ketika, Nabi Ibrahim telah menuju ke Mekah untuk mengetahui keadaan puteranya. ketika tiba dirumah puteranya, Nabi Ibrahim hanya dapat bertemu dengan isteri puteranya kerana Nabi Isma'il pada masa itu tiada dirumah. Dalam perbualan mereka, Nabi Ibrahim telah menanyakan keadaan rumah tangga dan kehidupan mereka, isteri Nabi Isma'il telah berkeluh-kesah tentang keadaan rumah tangganya dan kehidupan seharian yang melarat sehingga tidak dapat menjamu tamu tuanya dengan sesuatu makanan. Nabi Ibrahim telah berpesan kepada anak menantunya, isteri Isma'il agar menyampaikan salamnya kepada Isma'il, suaminya dan disertai nasihat supaya ambang pintu rumahnya diubah dan diganti.

Setelah Nabi Ibrahim pergi, pulanglah Nabi Isma'il ke rumahnya. Isterinya telah memberitahu bahawa ada seorang tetamu yang agak tua datang dan menyampaikan salam kepada Nabi Isma'il dan turut memberi nasihat supaya ambang rumahnya perlu diubah dan diganti. Nabi Isma'il mengetahui bahawa tetamu tersebut adalah ayahnya sendiri dan memahami maksud nasihat tersebut supaya menceraikan isterinya. Oleh itu, Nabi Ismail telah menceraikan isterinya dan mengembalikan kepada keluarganya. Tidak lama kenudian, Nabi Isma'il telah menyunting seorang gadis lain juga dari suku Bani Jurhum sebagai isteri barunya.

Nabi Ibrahim telah datang ke rumah puteranya tidak lama selepas puteranya telah membina keluarga baru. Malangnya, kedatangan kali ini juga puteranya tiada dirumah dan hanya beertemu dengan isteri beru puteranya. Nabi Ibrahim mengetuk pintu rumah puteranya lalu keluarlah isteri Nabi Isma'il. Anak menantunya ini menjemputnya masuk serta menerimanya dengan muka manis dan ramah. Ketika berbual, Nabi Ibrahim telah menanyakan keadaan suaminya dan keadaan rumah tangganya. Maka si menantu telah menerangkan suaminya pergi memburu ketika ini, mencari nafkah dan keadaan rumah tangganya cukup baik dan bahagia tanpa ada masalah yang meresahkan dan menggelisahkan hati. Melihat cara menantunya menerimanya dan mendengar kata-kata manis yang diungkapkan, Nabi Ibrahim telah berpuas hati dan meminta diri untuk pulang. Sebelum pulang, Nabi Ibrahim telah berpesan kepada menantunya supaya menyampaikan salam kepada Nabi Isma'il dan memberi nasihat kepada suaminya agar ambang pintu rumahnya perlu dipertahankan, tidak perlu diganti kerana masih cukup kuat.

Sekembali Nabi Isma'il dari berburu pada waktu senja, seperti biasa ia mencium bau ayahnya dan bertanya kepada isterinya : "Adakah sesiapa datang hari ini?" Isterinya menjawab : "Ada seorang tua, yang mempunyai wajah seorang yang alim yang berwibawa datang ke sini dan telah berbual-bual serta menanyakan keadaan kita dan sebelum pulang dia telah meninggalkan pesanan untukmu". "Apakah pesanan yang ditinggalkan untukku?" tanya Nabi Isma'il. Isterinya berkata : " Dia meminta kusampaikan salamnya kepadamu dan menasihatkanmu supaya ambang pintu rumah ini jangan diubah atau diganti kerana masih cukup baik dan kuat." "Itulah ayahku", kata Nabi Isma'il dan pesanannya bermaksud aku harus tetap bersamamu dan tidak boleh menceraikanmu. Dan dari isteri inilah Nabi Isma'il dikurniakan anak-anak keturunannya.


begitulah Kisah Nabi Isma'il ketika berkeluarga

sekian
Thursday, November 11, 2010

***dosa tinggalkan solat***

solat

sahabat-sahabat sekalian
solat fardu 5 waktu sehari semalam
merupakan rukun islam ke 2
solat juga merupakan
amalan pertama yang akan dihisab

"solat itu tiang agama"

oleh itu,
sama-sama kita bermohon
kepada ALLAH
dihindarkan daripada perkara-perkara
yang akan menangguhkan
kita daripada menyegerakan solat

berikut perumpamaan dosa
orang yang tinggalkan solat


solat subuh

Allah SWT akan mencampakkannya
ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun


HURAIAN :

sahabat sekalian, 1 tahun di akhirant tidak sama di dunia
jika 1 tahun di dunia kita rasa agak lama
1 tahun di akhirat bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia


solat zuhur

dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim

HURAIAN:

membunuh seorang muslim kita akan dicampakkan ke dalam neraka
bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim
betapa azabnya kita di neraka


solat asar

dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

HURAIAN:

MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam?


solat maghrib

dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri

HURAIAN:

bayangkanlah, anda berzina dengan ibu dan bapa kandung sendiri
betapa teruk dan hinanya perbuatan tersebut

solat isyak

Allah tidak redha mereka yang tidak solat isyak tinggal di bumi
dan menggunakan nikmat-nikmat yang dicurahkan

Allah SWT berseru kepada mereka:
"Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiku dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT".

HURAIAN:

jika Allah SWT tidak redha mereka yang tinggalkan solat Isyak
berada dibumi, ke mana lagi mereka ini perlu tinggal
bayangkanlah, ke mana patut kita tuju jika kita tergolong dalam
golongan tersebut
semoga kita terhindar dari golongan yang binasa ini



oleh itu,
sedarlah sahabat sekalian,
kita berada dipenghujung zaman
hari kiamat bakal tiba

tanyalah pada diri kita,
sudah cukupkah bekalan amalan kita
sudah pasti ke kita akan ke syurga kelak

marilah kita sama-sama
bermuhasabah diri
perlengkapkan diri yang mana kurang

saya berseru
marilah kita mendirikan solat taubat
bagi memohon kepada Allah SWT
diampunkan dosa-dosa yang telah dilakukan

semoga berada dalam rahmat Allah

wasalam
Friday, November 5, 2010

***fifa vs pes***

FIFA vs PES

fifa 11 requirements
Minimum requirements:
- Operating system: Windows XP SP3/Vista SP1/windows 7
- Processor: Pentium 4 2.4GHz or equivalent model
- Memory: 2GB
- Hard disk: 8GB free space
- Graphics: compatible DX9.0c, 128MB memory, GeForce FX / Radeon 9700 or better
- Sound Card: compatible DX9.0c
- Online: 192Kbps or better
- Display: 800 × 600 resolution or higher
Recommended configuration:
- Operating system: Windows XP SP3/Vista SP1/windows 7
- Processor: Core 2 Duo 2.0GHz or equivalent model
- Memory: 2GB
- Hard disk: 8GB free space
- Graphics: compatible DX9.0c, 256MB memory, GeForce 7900/Radeon HD 2400 or better
- Sound Card: compatible DX9.0c
- Online: Broadband
- Display: 1280 × 720 resolution or higher


POSTER FIFA 2011


PES 2011 requirements

Minimum System Requirements:
Operating System:Windows XP SP3/Vista SP2/Win 7
CPU:Intel Pentium IV 2.4GHz or equivalent processor
Memory:1GB RAM
Graphics card: 128MB Pixel Shader 3.0 such as NVIDIA GeForce 6600 or AMD/ATI Radeon x1300 video card
8GB free hard disk space
4x DVD-ROM Drive
DirectX 9.0c compatible sound card
DirectX 9.0c or higher
Multiplayer: TCP/IP 192 kbps or higher
Keyboard
800 x 600 monitor resolution

Recommended System requirements
OS:Windows XP SP3/Vista SP2/win7
CPU: Intel Core2 Duo 2.0GHz or equivalent processor
Memory: 2GB RAM
Video Card: 512MB Pixel Shader 3.0 such asNVIDIA GeForce 7900 or AMD/ATI Radeon HD2400 or better
8GB free hard disk space
8x DVD-ROM Drive
DirectX 9.0c compatible sound card
DirectX 9.0c or higher
Multiplayer: TCP/IP Broadband Internet connection
Windows compatible USB Gamepad
1280 x 720 monitor resolution

Pro Evolution 2011 SUPPORTED CHIPSETS:
NVIDIA – GeForce GTX285, 9800, 8800, 8600, 7950, 7900, 7800, 7300, 6800, 6600
AMD/ATI – Radeon HD5850, HD5770, HD4870, HD4650, HD3870, HD2600, HD2400, X1900, X1650, X1600, X1300




FIFA 11 Official Trailer



PES 11 Official Trailer


FIFA 11 Official Gameplay Trailer


PES 2011 Official Gameplay Trailer








jadi anda nilai
| Top ↑ |