Sunday, December 12, 2010

***isteri solehah***

GAMBAR HIASAN

lelaki yang baik untuk wanita yang baik
lelaki yang jahat untuk wania yang jahat

sebagai manusia
kita mahukan yang terbaik
oleh itu
eloklah kita muhasabah diri
lihat iman dan amal kita

hayatilah kisah berikut:

Nabi Isma'il telah berkeluarga dengan gadis Bani Jurhum dan sebagai pengubat setelah mengharungi ujian-ujian hidup yang berat bersama-sama ibunya Hajar. Walaupun berjauhan, Nabi Ibrahim , ayahnya tidak lupa untuk mengunjunginya dan menjenguknya sekali-sekali apabila rindu kepada puteranya.

Pada suatu ketika, Nabi Ibrahim telah menuju ke Mekah untuk mengetahui keadaan puteranya. ketika tiba dirumah puteranya, Nabi Ibrahim hanya dapat bertemu dengan isteri puteranya kerana Nabi Isma'il pada masa itu tiada dirumah. Dalam perbualan mereka, Nabi Ibrahim telah menanyakan keadaan rumah tangga dan kehidupan mereka, isteri Nabi Isma'il telah berkeluh-kesah tentang keadaan rumah tangganya dan kehidupan seharian yang melarat sehingga tidak dapat menjamu tamu tuanya dengan sesuatu makanan. Nabi Ibrahim telah berpesan kepada anak menantunya, isteri Isma'il agar menyampaikan salamnya kepada Isma'il, suaminya dan disertai nasihat supaya ambang pintu rumahnya diubah dan diganti.

Setelah Nabi Ibrahim pergi, pulanglah Nabi Isma'il ke rumahnya. Isterinya telah memberitahu bahawa ada seorang tetamu yang agak tua datang dan menyampaikan salam kepada Nabi Isma'il dan turut memberi nasihat supaya ambang rumahnya perlu diubah dan diganti. Nabi Isma'il mengetahui bahawa tetamu tersebut adalah ayahnya sendiri dan memahami maksud nasihat tersebut supaya menceraikan isterinya. Oleh itu, Nabi Ismail telah menceraikan isterinya dan mengembalikan kepada keluarganya. Tidak lama kenudian, Nabi Isma'il telah menyunting seorang gadis lain juga dari suku Bani Jurhum sebagai isteri barunya.

Nabi Ibrahim telah datang ke rumah puteranya tidak lama selepas puteranya telah membina keluarga baru. Malangnya, kedatangan kali ini juga puteranya tiada dirumah dan hanya beertemu dengan isteri beru puteranya. Nabi Ibrahim mengetuk pintu rumah puteranya lalu keluarlah isteri Nabi Isma'il. Anak menantunya ini menjemputnya masuk serta menerimanya dengan muka manis dan ramah. Ketika berbual, Nabi Ibrahim telah menanyakan keadaan suaminya dan keadaan rumah tangganya. Maka si menantu telah menerangkan suaminya pergi memburu ketika ini, mencari nafkah dan keadaan rumah tangganya cukup baik dan bahagia tanpa ada masalah yang meresahkan dan menggelisahkan hati. Melihat cara menantunya menerimanya dan mendengar kata-kata manis yang diungkapkan, Nabi Ibrahim telah berpuas hati dan meminta diri untuk pulang. Sebelum pulang, Nabi Ibrahim telah berpesan kepada menantunya supaya menyampaikan salam kepada Nabi Isma'il dan memberi nasihat kepada suaminya agar ambang pintu rumahnya perlu dipertahankan, tidak perlu diganti kerana masih cukup kuat.

Sekembali Nabi Isma'il dari berburu pada waktu senja, seperti biasa ia mencium bau ayahnya dan bertanya kepada isterinya : "Adakah sesiapa datang hari ini?" Isterinya menjawab : "Ada seorang tua, yang mempunyai wajah seorang yang alim yang berwibawa datang ke sini dan telah berbual-bual serta menanyakan keadaan kita dan sebelum pulang dia telah meninggalkan pesanan untukmu". "Apakah pesanan yang ditinggalkan untukku?" tanya Nabi Isma'il. Isterinya berkata : " Dia meminta kusampaikan salamnya kepadamu dan menasihatkanmu supaya ambang pintu rumah ini jangan diubah atau diganti kerana masih cukup baik dan kuat." "Itulah ayahku", kata Nabi Isma'il dan pesanannya bermaksud aku harus tetap bersamamu dan tidak boleh menceraikanmu. Dan dari isteri inilah Nabi Isma'il dikurniakan anak-anak keturunannya.


begitulah Kisah Nabi Isma'il ketika berkeluarga

sekian

0 [kutuk][komen]:

Post a Comment

| Top ↑ |