Sunday, February 27, 2011

***malu***


Assalamualaikum...

Topik kali ini amat menarik
setelah stekol membaca sebuah blog
mencoret mengenai coretan yang ilmiah
stekol tergerak hati untuk menceritakan kembali
apa yang stekol peroleh daripada pembacaan

" MALU DAN IMAN "

Topik ini khusus buat wanita (muslimah)
secara amnya buat semua umat islam

sebelum itu buat kaum HAWA
ada sedikit kata-kata hikmah

"Wanita ibarat epal. Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan didunia tapi akhirat. Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi."

Diriwayatkan oleh Al-Hakim bahawa nabi bersabda :

malu dan iman itu berkaitan, manakala salah satunya hilang, maka hilanglah pulak lagi satu.”

Jika direnung hadith ini
sifat malu ini seiring dengan iman
jika tiada malu dalam diri
maka tiadalah iman atau kuranglah iman

kita kecilkan skop perbincangan
lihatlah wanita hari ini
bagaimana cara mereka
berpaiakan dan bergaul

perasaan malu tidak pernah wujud dalam diri
mendedah yang patut ditutup
membuka yang patut dilindungi
daripada mereka yang terbabit

persoalannya???
adakah mereka tiada perasaan malu
adakah mereka ini tiada iman
siapa yang punya angkara
siapa yang bertanggungjawab
apa yang kita buat
apa yang kita lakukan

anda jawablah sendiri

hadith Rasulullah s.a.w :

"siapa yang melihat kemungkaran, cegahlah dengan tangan, jika tidak mampu cengahlah dengan lisan, jika tidak mampu cegahlah dengan hati dan itulah adalah selemah-lemah iman "

oleh itu
kepada kaum HAWA
sedarlah kewajipan menutup aurat
balasan amat berat di akhirat kelak

stekol juga menyeru pembaca
untuk menegur mereka
masih alpa
masih leka
masih tidak tahu
untuk menutup aurat

=tudung labuh=
=sarung tangan=
=sarung kaki=

bagi mereka yang berdegil
nantikan azab ALLAH

Rasulullah bersabda,

wanita yg berpakaian tapi telanjang, yg melenggang-lenggok dan memiringkan kepala spt bonggol unta, di mana mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak bisa mencium baunya…”(Muslim dan disahkan oleh Al-Bani)

Imam Sayuti ada meriwayatkan satu hadis daripada Abdil Baar,

mereka itu berpakaian tapi telanjang, mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium bau syurga.”

lihatlah betapa dahsyatnya balasan
untuk golongan yang mendedahkan aurat

"Sesungguhnya bau syurga itu dapat dibau 5000tahun perjalanan.Jangan pandang ringkas 5000tahun perjalanan,hadis tu hadis umum bermakna ada kemungkinan 5000tahun perjalanan jet atau lagi jauh,5000tahun perjalanan cahaya."

"sokong ISLAM anda selamat"

sekian
wassalam


5 [kutuk][komen]:

nunana said...

wahh..bagus3! :)
semuanya b'mula dgn didikan dr kecik..

_cikna_ said...

entry yg sgt bermanfaat. let's do somethng..=)

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

tegurlah jika ada yg silap ye~

Anonymous said...

it takes time...kne wat slow2 ;)

hamba yang hina said...

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan diri mereka sendiri yang mahu berubah...

jadi perubahan perlu pengorbanan...
biar perlahan-lahan janji ikhlas...
dan pasang niat untuk ke arah itu...
semoga kita mendapat taufik dan hidayah ALLAH...

Post a Comment

| Top ↑ |