Thursday, March 18, 2010

kawad MEMOries


ketika sedang membelek-belek gambar
teringat akan kenangan manis
semasa sertai kawab hari kebangsaan
aku bersama-sama jentera sekolahku
berlatih selama sebulan setengah
menghadapi hari-hari yang pahit
berhujan tidak tetapi berpanas saja
aku serta kawan-kawan telah dilatih
oleh seorang pegawai polis yang tegas orangnya
EN. ROSLI namanya
dibantu oleh pasukan kadet polis sekolahku

hari demi hari
kami berlatih tanpa mengenal jemu
walaupun dipandang serong oleh guru-guruku
namun dengan semangat kental
kami tetap bersabar dan berlatih saban hari
menanti dekit tibanya 31 OGOS

kepudaran semangat kami dilihat
setelah diberitahu bahawa
duit sumbangan untuk pakaian kawad
tidak diterima secukupnya
hati kami seakan kaca pecah berderai
namun kami ditenangkan oleh
guru pengiring kami yang amat memahami


kami meneruskan latihan kami seperti biasa
dengan perasaan yang makin terubat
makin hari makin bersemangat
setelah diberi motivasi oleh guru kami


apabila hari raptai tiba
kami diberi satu sut pakaian yang amat cantik
klasik dan menarik
disubuh hari raptai

begitulah cantiknya sut pakaian kami
klasik tema kami
mula-mula kami tidak percaya
buruk, lawak, tak berstyle
begitulah pandangan kami

tetapi
ini hasilnya

barisan lurus dan disiplin
kami bermula dengan bersemangat
di hari raptai kami dinilai
setelah diberi ceramah
kami bergerak ke medan tempur
sedia dalam baris


ketika bergerak dalam barisan

berhenti dan luruskan barisan

ketenangan kami berkawab
diganggu ekoran
kami diekori oleh band pancaragam
akibatnya baris belakang
tidak menerima arahan dengan jelas
namun itu tidak mematahkan semangat kami

setelah raptai tamat

setelah membaiki kesilapan
di hari raptai
kini kami tampil dengan lembaran batu
dengan berbekalkan baju melayu merah
bersongkok berbelang biru dan kuning
meluru ke hari 31 OGOS

wajah kami di hari merdeka
berdiri tegak bersedia

kami berada dalam barisan
seawal jam 7 pagi
dijangka sambutan akan berlangsung
selama 5 jam

kami memulakan langkah berseni
membunyikan ladam di kaki
melaungkan suara di bibir
meluru ke hadapan
ketika berkawad menuju ke hadapan pentas utama

setelah selesai memberi tabik hormat
kami pun kembali ke padang
dan bermulalah adengan yang tidak dirancang
sesi fotografi bersama rakan-rakan


bersama Pn. Aini

setelah mendengar keputusan
perasaan sungguh gembira
walaupun mendapat tempat ke-2
kami berjaya mengalahkan
musuh tradisi kami


izzuddin shah VS taayah

pada sebelah petang
kami dijemput hadir
ke majlis penyampaian hadiah
serta minum petang
di dataran Ipoh

ketua menerima hadiah


bergaya ketua berjalan

setelah tamat
kami pulang dengan kekurangan
tenaga dan kuasa
lalu semuanya rabah
di atas katil


sekian





2 [kutuk][komen]:

ZErni ZeRn said...

udah2 la tuh...
skola ak mng kot!!haha

stekol said...

hahaha...kenangan lorh...
time kita...sis klahkn taayah...
tp skrg x tau la cite nyer...

Post a Comment

| Top ↑ |