Tuesday, April 5, 2011

***kejutan***


Assalamualaikum...
kejutan untuk topik kali ini
kalau dilihat pada gambar diatas
memang kejutan dan suspen
tak tahu macam mana hendak cerita
perasaan ketika membaca mesej ini
jadi stekol mahu kongsi cerita ini
sebenarnya kelakar juga

kisah kehilangan

selepas pulang makan dengan rakan stekol Abu Suffian di Subaidah, stekol kembali ke bilik untuk berehat. Bilik macam biasa sunyi tanpa teman. Akibat bosan stekol buka facebook. Ketika tengah sabar menunggu loading, bila masuk stekol dapat 1 mesej dari sahabat abang stekol seperti yang terpampang dalam gambar diatas. 3-4 kali juga stekol cuba paham mesej tersebut walaupun ringkas. Tanpa buang masa stekol pun menghubungi nombor yang terdapat dalam mesej tersebut malangnya tidak diangkat. Hati semakin risau dan resah memikirkan keadaan abang kesayangan. Otak ini hanya terbayang sesuatu yang buruk berlaku maklum saja antara orang kuat pro-UM.

Tanpa berfikir panjang, stekol menghubungi Abang Abib (abang ke-2) dan menanyakan perkara tersebut. Abang Abib pun menjelaskan kesemua kekusutan yang berlaku. sebenarnya, Abang Paat tidak pulang ke rumah sewa bukan kerana sesuatu berlaku kepadanya seperti yang dirisaukan oleh sahabat-sahabat serumahnya tetapi abangku itu pulang ke rumah mak cik saudara yang berdekatan dengan UM. Ketika itu juga, HP abang Paat juga off jadi sahabat-sahabatnya tidak dapat menghubunginya.




begitulah kisah yang cemas tetapi akhirnya agak kelakar. Tetapi stekol tabik semangat ukhuwah antara mereka sangat kuat. Sahabat abang stekol sanggup cari abang stekol yang dikatakan menghilang sejak khamis lalu. Semoga ukhuwah ini menjadi tauladan kepada pembaca sekalian.


sokong ISLAM anda SELAMAT


sekian
wassalam

2 [kutuk][komen]:

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

woahhh~
bahaya!!jgn menghilgkn diri tnp kaba berita. . .
takut jd mcm kak Masturah(MPP proM) saje. . .

stekol said...

huhuhu...
arap x berulang la...
tp lawak gak la bila tau cite sebenanye...

Post a Comment

| Top ↑ |